Jumaat, 18 November 2011

Sempoa: Penambahan

Kombinasi 5 digunakan apabila manik bawah tidak mencukupi untuk digerakkan ke hala palang pemisah. Oleh itu, Kawan Kecil digunakan.

Kawan Kecil merupakan kombinasi dua nombor yang memberi  jawapan 5.


1+4 = 5
2+3 = 5
3+2 = 5
4+1 = 5

Kombinasi 10 digunakan apabila manik atas dan manik bawah tidak mencukupi untuk digerakkan ke hala palang pemisah. Oleh itu, Kawan Besar digunakan. Apabila Kawan Besar digunakan, turunkan Kawan Besar dan bawa 1 pada tiang di sebelah kiri.

Kawan Besar merupakan kombinasi dua nombor yang memberi  jawapan 10.

1+9=10
2+8=10
3+7=10
4+6=10
5+5=10
6+4=10
7+3=10
8+2=10
9+1=10

Penambahan Mudah 

Penambahan satu digit nombor dengan satu digit nombor  tanpa kumpul semula 


Satu manik di bawah yang paling atas dinaikkan ke atas untuk nilai 1. Untuk tambah 2, naikkan manik 2 manik selebihnya ke atas. Hasilnya adalah 3

Penambahan 2 digit nombor dengan 2 digit nombor tanpa kumpul semula 


Naikkan 2 manik dibawah paling kiri yang berada di atas kearah palang/bim. Satu manik bawah yang berada disebelah kanan untuk memberi nilai 12. Untuk menambahkan 31 pula, gerakkan satu manik ke atas  dibahagian nilai tempat sa dan 3 manik bahagian nilai puluh. Hasilnya adalah 43. 




1 ulasan:

Catat Ulasan