Khamis, 17 November 2011

Sempoa Jepun: 'Soroban'

Untuk menggunakan sempoa kita haruslah mengenali apa yang termaktub di atas sempoa. Jika dilihat pada gambarajah terdapat titik di atas bim. Titik yang pertama di atas bim dari sebelah kanan menunjukkan nilai sen dan titik kedua dari sebelah kanan menunjukkan nilai perpuluhan. Asasnya untuk pelajar tahun satu kita menerangkan kepada para murid secara ringkas sahaja. Lebih elok kita sebagai guru menerangkan penggunaan sempoa bermula dari titk kedua dari sebelah kanan. Nilai manik dibahagian titik kedua adalah Sa dan seterusnya kesebelah kiri pula adalah, puluh, ratus, ribu puluh ribu, ratus ribu dan seterusnya. Manakala nilai manik pula bergantung pada kedudukan manik. Manik bahagian atas adalah dinialai dengan 5 dan 4 manik dibawah dinilai 1 bagi setiap manik.

0 ulasan:

Catat Ulasan