SEJARAH ASAL USUL SEMPOA

Sempoa atau juga dikenali sebagai Abakus merupakan alat hitung untuk melakukan proses-proses aritmetik. Seringnya, ia terdiri daripada sebuah rangka kayu, dengan manik-manik yang menggelangsar pada wayar-wayar. Penggunanya menggelangsar pembilang secara insani pada batang-batang atau alur-alur. Ia telah digunakan selama berabad-abad sebelum penerimagunaan angka Hindu-Arab

Jumaat, 18 November 2011

Sempoa: Penolakkan

Penolakkan mudah  Penolakkan 1 digit dengan 1 digit  Gerakkan manik atas kearah palang dan kesemua 4 manik bawah kearah palang untuk menunjukkan nilai 9. untuk penolakkan,  gerakan nilai 6 iaitu, manik atas ke atas dan 1 manik bawah ke bawah. Maka hasilnya 3. Penolakkan 2 digit dengan 2 digit tanpa kumpul semula  Nilaikan 43 di atas sempoa dengan...

Sempoa: Penambahan

Kombinasi 5 digunakan apabila manik bawah tidak mencukupi untuk digerakkan ke hala palang pemisah. Oleh itu, Kawan Kecil digunakan. Kawan Kecil merupakan kombinasi dua nombor yang memberi  jawapan 5. 1+4 = 5 2+3 = 53+2 = 54+1 = 5 Kombinasi 10 digunakan apabila manik atas dan manik bawah tidak mencukupi untuk digerakkan ke hala palang pemisah. Oleh itu, Kawan Besar...

Khamis, 17 November 2011

Penggunaan Sempoa

Untuk menggunakan sempoa, kita haruslah menggunakan hanya dua jari sahaja. Ibu Jari dan Jari Penunjuk. Ibu Jari hanya digunakan untuk menggerakan manik-manik dibahagian bawah ke arah bim. Manakala mengerakkan manik bahagian bawah dari atas ke bawah, manik bahagian atas ke menghampiri bim dan manik bahagian atas dari bawah menjauhi bim pula kita menggunakan jari penunjuk. Lihat...

Sempoa Jepun: 'Soroban'

Untuk menggunakan sempoa kita haruslah mengenali apa yang termaktub di atas sempoa. Jika dilihat pada gambarajah terdapat titik di atas bim. Titik yang pertama di atas bim dari sebelah kanan menunjukkan nilai sen dan titik kedua dari sebelah kanan menunjukkan nilai perpuluhan. Asasnya untuk pelajar tahun satu kita menerangkan kepada para murid secara ringkas sahaja. Lebih...

Selasa, 15 November 2011

Abakus: Satu Mukadimah

Sebelum kita memulakan sesi pengajaran abacus eloklah kita mengenal abakus ataupun sempoa. Sempoa terdiri daripada rangka yang melitupi keseluruhan abakus. Tiang-tiang untuk meletakkan manik. Manik-manik pula terbahagi kepada 2 iaitu satu manik dibahagian atas dan 4 manik di bahagian bawah. Manik di atas da di bawah di pisahkan oleh bim. Abacus yang digunakan oleh murid-murid...